Monday, 27 October 2014

Cik adik manis dalam lemari kak ton. Ready stock!

Assalamualaikum dan selamat pagi laling laling sume. Amboi youalls, malam tadi kan main tekun nengok Luqman dengan Mel. Yang tak menahan sume tarap tarap makcik. Kan main melayan jiwa ye hajah bedah. Pastu senyum sorang sorang. Bang aji berdehem nak g semayang kat mesejid pon buat tak tahu khennn.. Kang dah habeh Luqman dengan Mel baru masuk balik semangat melayan tew. Tak baik tau youalls..

Ok ni kak ton nak inpom corelle yang masih ada dalam lemari ye. Cecepat youalls. Tak banyak set dah. Lambat gigit jari tau. Nombor cam biasa 012-2727 504. Square cherish embossed dan round embossed pon ada dalam lemari. Kak ton maleh nak hupdate gambo bebanyak. Berpinau bijik mata.Bayo arini esok nganor kalau bang skynet tak mc. Kalau mc, ngantor lusa. Nak kena babap tau bang skynet ni. Free delivery ke semenanjung. Kalau book pakai ailio, ailio je dapat ye. Bayo pakai duit, dapat corelle.. 

Ok youalls Assalamualaikum. Babai laling laling comey sume















Tuesday, 30 September 2014

Corelle twillight groove 16pcs ready stock



Assalamualaikum dan selamat pagi. Set Corelle Twillight groove (16pcs) tinggal set terakhir. Set corelle ni antara set peberet kak ton sebab bunga penuh sepinggan. 

Kalau youalls berkenan, meh cecepat kontek kak ton. Bayo arini esok ngantor you!! Youalls, Jangan mintak corelle malam raya ye! Datang depan rumah pon kak ton tak layan tau.. I is nak balik kampung. Sooo sementara ada masa ni, sila la amek kesempatan membeli ye laling laling cun. Kalau agak tak sabo, nak jugak amek cecepat, lepas bayo kat kak ton, youalls boleh kolek kat area U10 shah alam ye.

Nombor kak ton 012-2727 594. Ok youalls selamat berhari rabuu. Tatatatatatatata.. Assalamualaikum

Sunday, 21 September 2014

Corelle Faenza (16pcs)





Assalamualaikum dan selamat pagi laling laling comey. Amacam laling sume? Best anak anak cuti sekolah? Mesti kecoh rumah kan! Dengan nak makan nye, nengok tibi, main ipad nye, melompat dan manyak nau aktibiti lain khen. Pagi ni kat area selangor/kl, jalan bukan main kaw kaw jem. Sabo ngurut dada je lah bang uban gi kije. Alah sama je lah, bang janggut, bang misai, hakak hakak comey dan adik adik manis. Sume ketap bibir nengok kete bersusun. Tapi nak wat cemana khenn, layan je lah. Ye dok?

Pagi ni kak ton nak hupdate pasal corelle Faenza (16pcs) set makan tuk 4 orang. Set ni dah tinggal 2 set terakhir. Kalau rasa rasa nak buat jamu makan hari raya haji nanti, meh ler kontek kak ton. Yelah, sesekali nak ler tukau selera pinggan baru. Kak ton pon sama cam youalls. Lelama makan dalam pinggan sama boring kan. Nak le jugak design lain. Ye dok Bedah sengat? Sama you cam kak ton!

Jadi, kalau youalls berkenan, silalah kontek kak ton di 012-2727 504. Wassap boleh, sms boleh, koll boleh, wechat, kak ton takdok. Nanti fengsan fulak youalls nengok muka kak ton ni. Nak nak taim memalam khennn.. Dengan rambut kembang pakai bedak sejuk. Terus termimpi2 hantu kak limah jual corelle! Jadi, dari dapat mimpi tah pape, baiklah sms/wassap/kolling atau pm kat fb aje ye youalls!

Ok youalls, takmo takmo monday blues! Ceria!!!! Assalamualaikum! Tata tata tata

Friday, 12 September 2014

Corningware French White 17pcs tinggal 2 set aje youalls! meh cecepat!!!



Kehadapan peminat/pencinta/penggemar/penggila corningware sekelian, 

Kak ton stress youalls! Set corningware 17pcs tinggal 2 set aje lagi. Pada yang berminat tapi hati cakap takpe sok bayo sok bayo, jangan dah habis meratap/meratib kontek kak ton ye. Kontek ler keluh kesah bersama kak esah tu. Luah kan hati kat sana ye Bedah comel. Ni Kak ton nak kabo awal awal, siapa cepat die dapat ye. Kak ton tak mo layan "kak ton book, nanti bayo". Idok ye. Kalau nak bank in duit, dan kak ton pos esok nye. Cecepat youalls. Sempat ni pakai raya haji!!

Dengan kak ton masalah takde lagi!! Meh kontek 012-2727 504.

Ikhlas, 
Kak ton si penjual Corelle.

Tuesday, 9 September 2014

Ready stock Corningware Frenchwhite 17pcs, 12pcs dan 6 pcs

Kehadapan kak ton si penjual corelle,

Saya Melah (bukan nama sebenar) berasal dari Melaka (bukan negeri sebenar). Melah stress ni kak ton nak nak tinggal kurang dari sebulan kita akan menyambut hari raya haji. Untuk pengetahun kak ton, suami Melah si Bang Janggut beria-ia ngajok sedara mara die datang ke rumah sambut beraya bersama. Masalahnye kak ton, saya ni corelle hari tu dah beli 4 set. Tapi mana pulak Melah nak ngidang lauk pauk tu kak ton. Bang Janggut katanye nak sembelih lembu sekor. Takkan Melah nak hidang lauk pauk dalam periuk. Jatuh air muka Melah nak nak dengan Kiah ronggeng dan Joyah senget yang duduk depan rumah Melah. Rumah diorang dah setat ngecat nak sambut raya haji. Tapi masih tak boleh lawan kehebatan pinggan Melah dengan bunga terbaru dari koleksi lemari kak ton. Tolong lah Melah kak ton. Melah dilemma. Setiap kali nak tido naik nyampah bang janggut nengok melah yang asyik termenung mandang siling. Tolonglah Melah kak ton. Besar betul masalah Melah kali ni. Diharap kak ton dapatlah meniup semangat berhari raya pada Melah dan selesaikan dilemma Melah.

Sekian, 
Melah jongang.

Buat saudari Melah Jongan yang manis lagi ayu,

Permasalahan Melah ni tak ler beso mane. Kak Ton ingat beso no dilemma Melah Jongang. Masalah Melah ni memang konpem kak ton ada penyelsaiannye. Untuk ngidang lauk Melah pada sedara mara taim Raya Haji nanti, agar dipandang kerlas oleh kiah ronggeng dan joyah senget, meh ler beli bekas hidang Corningware french white dari kak ton. Bekas hidang french white ni datang dengan 17pieces, 12 pieces dan 6 pieces. Kak ton sarankan Melah ambek yang 17pieces. Agar dapat dijamu seekor lembu pada sedara mara. Yelah, 17pieces ni banyok ler sikit nak ngidangnye kan. Daging goreng sebekas, daging kari sebekas, rendang daging sebekas, serunding daging sebekas dan lauk lauk lain pada bekas lain khenn. Kalau rase tak cukup, meh beli 2 set Melah. Dengan kak ton Melah, kesemua corningware french white ni ready stock. Memang sentiasa ada dalam lemari kak ton. Melah jongang bayo arini, Esok kak ton pos! Bukan setakat raya haji boleh pakai. Hujung minggu ni buat makan sekeluarga pon boleh pakai Melah! Mana nak dapat serbis tip top macam ni khennn. Jadi, selesailah masalah dilemma Melah. Jangan lupa bank in dan wassap kak ton slipnye ye.

Sekian,
Kak ton si penjual corelle

P/s: pada youalls yang bermasalah macam Melah Jongang, sila kontek kak ton. Kalau meja rasa kecik amek 12 pieces tew. Kalau rasa meja kecik lagi, meh amek yang 6 pcs tu ye. Nombor kak ton cam biasa : 012-2727 504

Masalah takde lagi dengan kak tons corelle!!!













Thursday, 28 August 2014

Corelle Round Embossed (16pcs) ready stock!!!


Assalamualaikum dan selamat petang laling laling sume. Selamat berhari jumaat. Bang bang macho, segak nau arini bersongkok dan berbaju melayu. 

Harini youalls, kak ton nak buat promosi hari merdeka dari 29-31 Ogos. Buat julung kalinye dalam tahum ni, ni la pes taim kak ton buat promosen ye. Design yang terpilih hopkoz desain paling cun di mata kak ton. Kaler putih bersih dan sesuci salju gitewww. Bentuk bulat, Corelle Round Embossed (swept) (16pcs) set makan tuk 4 orang. 16pcs termasuk:

a) 4 dinner plate size beso
b) 4 lunch plate size sederhana
c) 4 cereal bowl
d) 4 cawan porcelain

Cer amek kalkelater 4x4 =16 ye tak youalls. Situ la datang nye 16pcs youalls. Rege biasa kak ton jual ialah RM439. Sempena hari merdeka sale ni kak ton bagi RM409/set. Amek 2 set RM800. Free delivery ke semenanjung. Haaa mana nak amek youalls. Desain pon baru. Panassss lagi. Kalau berkenan sila kontek kak ton. Limited stock ye. Sape cepat die dapat. Bayo dulu, kak ton let go. Janji mulut tak mo yeeee.. Kak ton tak mo janji manismuuu itew. Sampai hujung bulan senyap je kalau janji manis.. Malarat sampai 3-4 bulan tak dengo kabar.. Sentap tauuuu.. Pastu dah bile dah habis baru la nak tanya kabo.. Maleh betul orang gitew tauuu.. Jadi, kalau nak, kontek ye. Kak ton akan pos hari bekerja esok nye selepas pembayaran dibuat kay laling laling sume.

Nombor kak ton macam besa, wassap boleh, sms boleh, koll boleh, pm kat fb boleh, komen pon takpe, tanya kabo kat instagram pon boleh. I is flexible gitew. Tapi pakai henpon, paling cepat kak ton youalls ni reply. Sambil masak pon kak ton balas tauuu.. Mana nak dapat pekerja berdedikasi camni. 012-2727 504 is the namber ye youalls.

Ok youalls. Selamat bercuti panjang. Selamat menyambut hari merdeka. Sonok nengok anak anak kan.. Duk terjerit jerit merdeka.. Meriah!

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.. Tata tata tata

Sunday, 10 August 2014

Corelle Ready Stock!!!














Assalamualaikum dan selamat hari raya youalls. Mahap la kak ton tersepi kan diri. Sibuk nau dengan urusan yang dipertuan kenit dan urusan resmi keluarga. Alhamdulillah harini baru pree sikit haa. Laling laling comey sume, terima kasih banyak banyak ye, walaupon kak ton tak hupdate fb, page lelama, youalls tetap wassap/sms/pm/kolling kak ton. Alhamdulillah..terima kasih bebanyak pada yang membeli..

Laling laling comey, kiut, manis dan cun melecun sume, corelle kak ton sume ready stock, harini bayo esok kak ton ngantor. InsyaAllah. Ramai jugak return kastemer. Beli tuk mak, kakak, mertua, hadiah. Siap ade yang pesan suh tulis ucapan. Kak ton ni melayan ajelah. No hal khennn.. Maceh ye youalls sebab sapot kak ton.

Kalau laling laling manis sume al fening al kefala nak buat open haus tapi close kabinet sebab malu pinggan caca marba, meh ler kontek kak tons corelle. Kak ton boleh selesaikan masalah al fening youalls tu. Bank aje duit, esok nye kak ton bagi. Silap silap yang duduk dekat dekat kak ton ngantor by hand aje. Jangan ler risau. Serbis memang tip top. Kalau terima dalam keadaan tak sempurna, kak ton akan replace. Mana nak carik serbis tip top cam kak ton ni khennn.. Hanya dengan kak ton corelle youalls boleh beli dengan senang hati, tenang pikiran dan gumbira.

Design sila nengok gambor. Mana yang pangkah tu dah habes. Jangan la dirayu sebab memang tak ada. Pilih la awek awek cun yang lain. Bulan puasa lepas, Corelle Square Embossed dan Round embossed design paling ramai orang beli. Kata nak yang lain dari yang lain khennn. Memang kerlas design hakak hakak dua tewww.. Kalau la kak ton ni sendiri meroyan nengok embossed taim beli, youalls tak tau la camana. Mau kena sawan gamaknye kalau belek embossed tu. Air mata Timah sebelah rumah nengok youalls jamu makan kat tetamu. Rege hopkos la mahal sikit sebab kata ibu segala corelle khennn..

Tapi kalau kata tak mampu nak beli beli corelle embossed, tak yah la sawan cam si Bedah haritu, design corelle yang malatop maaanyak lagi youalls! Tak kisah la beli memana, janji corelle khenn. Jatuh tak pecah, basuh tak berat, jamu tak malu gitewww.. Auwww kak ton kan main ayat. Hopkozzzz.. Apelagi youallssss!! Meh cecepat, kang abes sawan pulak memarah kat kak ton. Jadiii pada cik abang yang bini suke nau tarik muke bile suh masak, haaaa meh beli corelle bagi hadiah, terus berubah jadi manis.

Nombor kak ton masih macam biasa. 012-2727 504. Nombor beroperasi 24 jam sari, 7 hari seminggu dan bebila masa. Ok youalls, cecepat buat pilihan..

Ta ta ta assalamualaikum.

Yang bertugas untuk keluarga,
Kak ton si penjual Corelle☺️

Tuesday, 17 June 2014

Corelle square cherish embossed 16pcs READY STOCK!!!!!


Assalamualaikum dan selamat tengahari youallss. Cantik tak cik adik manis ni??? Aduiii air mata tauuu nengok design ni. Design peberet kak ton dulu kini selamanya.. For eber youallssss!!!


Ready stock!! Meh kontek kak ton kalau youalls pon meleleh air mata nengok design ni. 012-2727 504

Wednesday, 4 June 2014

Spring Pink Sold Out!!!


Assalamualaikum. Awek cun Spring Pink dan dipinang ye. Akan berpindah rumah ke laling gojes. InsyaAllah. Meriah raya die tauuu..

Corelle Spring Pink 16pcs


Assalamualaikum dan selamat malam laling laling gojes. Awek cun merangkap si adik manis Corelle spring pink (16pcs) tinggal 3 set terakhir dalam lemari kak ton. Ramai nau berkenan kat awek cun nih. Kalau youalls nakkkk sangat, boleh buat hidang raya bulan depan, cecepat kontek kak ton di 012-2727 504. Kena cecepat tau laling laling gojes sume. Cik adik manis ni macam goreng pisang panas ditabur cheese dengan coklat!! 


Cantik tak pinggan kak ton??.

Cantikk!!

Kalau cantik jom beli! Kak ton gerenti youalls puas hati insyaAllah!!