Tuesday 9 September 2014

Ready stock Corningware Frenchwhite 17pcs, 12pcs dan 6 pcs

Kehadapan kak ton si penjual corelle,

Saya Melah (bukan nama sebenar) berasal dari Melaka (bukan negeri sebenar). Melah stress ni kak ton nak nak tinggal kurang dari sebulan kita akan menyambut hari raya haji. Untuk pengetahun kak ton, suami Melah si Bang Janggut beria-ia ngajok sedara mara die datang ke rumah sambut beraya bersama. Masalahnye kak ton, saya ni corelle hari tu dah beli 4 set. Tapi mana pulak Melah nak ngidang lauk pauk tu kak ton. Bang Janggut katanye nak sembelih lembu sekor. Takkan Melah nak hidang lauk pauk dalam periuk. Jatuh air muka Melah nak nak dengan Kiah ronggeng dan Joyah senget yang duduk depan rumah Melah. Rumah diorang dah setat ngecat nak sambut raya haji. Tapi masih tak boleh lawan kehebatan pinggan Melah dengan bunga terbaru dari koleksi lemari kak ton. Tolong lah Melah kak ton. Melah dilemma. Setiap kali nak tido naik nyampah bang janggut nengok melah yang asyik termenung mandang siling. Tolonglah Melah kak ton. Besar betul masalah Melah kali ni. Diharap kak ton dapatlah meniup semangat berhari raya pada Melah dan selesaikan dilemma Melah.

Sekian, 
Melah jongang.

Buat saudari Melah Jongan yang manis lagi ayu,

Permasalahan Melah ni tak ler beso mane. Kak Ton ingat beso no dilemma Melah Jongang. Masalah Melah ni memang konpem kak ton ada penyelsaiannye. Untuk ngidang lauk Melah pada sedara mara taim Raya Haji nanti, agar dipandang kerlas oleh kiah ronggeng dan joyah senget, meh ler beli bekas hidang Corningware french white dari kak ton. Bekas hidang french white ni datang dengan 17pieces, 12 pieces dan 6 pieces. Kak ton sarankan Melah ambek yang 17pieces. Agar dapat dijamu seekor lembu pada sedara mara. Yelah, 17pieces ni banyok ler sikit nak ngidangnye kan. Daging goreng sebekas, daging kari sebekas, rendang daging sebekas, serunding daging sebekas dan lauk lauk lain pada bekas lain khenn. Kalau rase tak cukup, meh beli 2 set Melah. Dengan kak ton Melah, kesemua corningware french white ni ready stock. Memang sentiasa ada dalam lemari kak ton. Melah jongang bayo arini, Esok kak ton pos! Bukan setakat raya haji boleh pakai. Hujung minggu ni buat makan sekeluarga pon boleh pakai Melah! Mana nak dapat serbis tip top macam ni khennn. Jadi, selesailah masalah dilemma Melah. Jangan lupa bank in dan wassap kak ton slipnye ye.

Sekian,
Kak ton si penjual corelle

P/s: pada youalls yang bermasalah macam Melah Jongang, sila kontek kak ton. Kalau meja rasa kecik amek 12 pieces tew. Kalau rasa meja kecik lagi, meh amek yang 6 pcs tu ye. Nombor kak ton cam biasa : 012-2727 504

Masalah takde lagi dengan kak tons corelle!!!













No comments:

Post a Comment