Wednesday 26 February 2014

Corelle Harmony 16pcs



Assalamualaikum dan selamat pagi laling laling comel, abang abang macho, cikgu cikgu yang baaanyak beli dengan kak ton dan semua yang bace posting kak ton ni. Alhamdulillah. Terima kasih banyak banyak sebab sapot kak tons corelle. 

Bedah jangan tak tahu, sekarang ni, bukan orang pompuan aje shopping corelle dengan kak ton. Minggu ni aje raaamai cik abang comel lagi hensem beli corelle untuk bini tersayang. Haaa macam tu la baru macho bang misai, bang janggut dan bang aji! Baruuuu la makin sayang laling youalls tu kat youalls. Senang aje nak pikat wife ni kan. Dapat pinggan corelle pon senyum lebar dah. Baru semangat laling youalls tu masak khenn.

Untuk pengetahuan laling laling kak ton sume, set Corelle Square Harmony 16pcs ni dah tinggal 3 set ajew. Set ni saaangat cantik. Payah nau nak carik tau. Corak die tu buat bang aji bang aji meroyan tengok corelle ni. Bukan mak aji ye. Bang aji yang ketar lutut nak beli tau. 

Kak ton sukeee sangat kalau bang aji atau abang abang macho yang belikan. Tak yah la kak ton sesama seludup corelle g umah youalls. Siap ada yang bagitau kat runner suh anto ikut pintu belakang la, kena datang kul 11-3 aje boleh, pas kat orang gaji la, letak kut celah pasu bunga la. Fening kak ton nak seludup tauuu.. Macam cite zaman p.ramlee pulak khennn. 

Kak ton layan aje permintaan pelik youalls tew, yelah kang bang aji, bang misai, bang janggut pangkah tak bagi beli, sentap fulakkk khenn. Terus buat buat sawan lepas laki youalls tew abes ayat. Ala Bedah, kak ton kenal saaangat dengan Bedah. I know u bery well Bedah! Jadi abang abang macho, takmo la cepat saaangat pangkah bini youalls nak beli pinggan mangkuk teww. Layan kan ajewww..

Untuk pengetahuan youalls, set corelle 16pcs ni set makan untuk 4 orang ye. Set ni ade:

i).    4 Dinner plate size besor
ii).   4 Lunch plate size sederhana
iii).  4 Cereal bowl
iv).  4 Cawan porcelain

Kalau ahli keluarga besorr, kak ton sarankan beli 2 set. Kalau suke jamu orang makan, beli 3 set. Tak rugi punye youalls beli set corelle ni. Ada yang bertahun tahun pakai set corelle. Sampai 20tahun pon ada tau. Jadi apala sangat nak melabur rm379 untuk makan selama 20tahun. Janji jangan baling kat bang macho sudah. Tang tu kak ton tak jamin yeee laling laling sume.

Berminat? Tapi malu nak komen? Jangan risau, pm pon boleh. Nyampah nak pm sbb takut boss nampak bukak FB? Sms pon takpe tau. Tak suke sms sbb nanti naik bil atau abes prepaid. Yelah, wassap aje. Pakai wifi opis. Pree of charge khenn.

Nombor hotline 24jam tanpa henti. 7 hari seminggu tanpa tido: 012-2727 504. Kalau tak angkat tu tertido yeee..hik hik hik.. Kalau dengar suara budak angkat tu, kak ton bayor personal assistant. Jangan terus letak tepon kay youalls.

Monday 24 February 2014

Corelle Blushing Rose








Assalamualaikum dan selamat petang pada datin datin cun, datuk datuk encem lagi perkasa, mak incik mak incik comel, dek non dek non gojes dan laling manis kak ton tew. Ngantuk kan main khennn mata lepas makan tengahari kedai abang hamak encem. Nak nak kena kari kepala ikan, boss panggil meeting pon hazabb nak bukak mata.

Amboi Esah, tengah tengah malam koll kak ton, siap cakap gaji nak masuk nak beli corelle. Iye lah Esah, tadah telinga kak ton dengar keluh kesah bersama Esah tew. Untuk merawat keluh kesah di hati Esah tew, meh kak ton hiburkan hati Esah dengan corelle bunga merah. Hati yang tak berapa nak syok pon boleh jadi ceria tengok cik kak Corelle Blushing Rose (16pcs) ni. Untuk pengetahuan Esah, set Blushing Rose ni limited stock. Jadi, kalau berminat sila lah kontek kak ton untuk dapatkan cik kak manis lagi menawan tew. 

Pada yang baru masuk ke rumah baru, nyampah asyik makan dalam pinggan pelastik ikea ajer, haaa, meh beli corelle dengan kak ton. Suuuuke suami makan dalam pinggan baru dan dan tetiap hari masak. Semangat lain tauu Esah dapat pinggan baru. Tak caya cer try beli. Mesti semangat tau!

Set corelle 16pcs ni set makan tuk 4 orang ye. Kalau la agak agak ahli keluar atau kumpulan kugiran kat rumah youalls tew ramai, kak ton sarankan beli 2 set. Baru seragam macam pakaian beragam meja makan youalls tew. Takde la yang no 1 sentap rasa macam kena diskriminasi oleh mak sendiri khen. Mak makan pinggan baru, anak makan pinggan pelastik. Sentap tau anak anak youalls.

Jadiiii, kalau berkenan set Corelle Blushing Rose atau mana mana set corelle yang kak ton jual, kontek kak ton ye. Nombor hotline 24 jam tanpa henti: 012-2727 504. Wassap boleh, sms boleh, kolling boleh. Apa apa cara je lah janji youalls puas hati.

Cantik tak pinggan kak ton???
Cantikkkkk!!!
Kalau cantik jom beli!
Kak ton gerenti youalls puas hati!!! InsyaAllah!!

P/s: attention pada laling yang buat payment hari ahad (23/2/14) yang duduk kat johor tew, sila lah kontek kak ton. Dah siap balut ni kotak kotak corelle laling tew. Nak ngantor je tinggal laling intan payung. Sila la kontek kak ton. 







Sunday 23 February 2014

Attention!!!!




Assalamualaikum laling laling comel. Kak ton nak mintak tolong siapa yang buat payment semalam supaya contact balik kak ton ye.

Attention laling laling sume!! Sila kontek kak ton balik untuk kak ton post youalls punye corelle pagi ni. Anak bertuah kak ton sabotaj kak ton! Dia delete whatsapp kak ton youalls!! Maaf banyak banyak!! Waaaaaa😭😭😭😭😭😭

Kak ton: 012-2727 504

Attention: Juliza bt khairuddin dan 3 lagi laling laling kak ton yang comel lagi baik hati tew

Friday 21 February 2014

Ready stock!! Corelle jacaranda 16pcs





Assalamualaikum dan selamat tengahari datin-datin cun melecun dan datuk-datuk segak bergaya. Youalls semua datin dan datuk di mata kak ton. Very VIP gitewww.

Harini kak ton nak introduce set pinggan mangkuk yang latest dan cantik menawan tau youalls. Nama sesedap rupa seindah nama dan makanan otomatik jadi sedap atas set CORELLE SQUARE JACARANDA 16pcs ni. Rege tertarik dan paling memikat hati serta terbaik dari kak ton RM379.

Macam biasa esah oiii, kalau nama 16pcs mesti datang dengan:

i)   4 dinner plate (size besar)
ii)  4 lunch plate (size sederhana)
iii) 4 cereal bowl
iv) 4 cawan porcelain

Design ni Esah kan, baru keluar dalam bulan April 2013 tahun lepas. Kira, kalau youalls beli, youalls ada set Corelle yang paling up to date tau.. Kerrrlasss Esah kan.

Seperti biasa, kak ton ni boleh dihubungi melalui pm, kalau rasa malas la esah oi nak pm kak ton, email pon boleh, agak-agak tadi makan nasik kandar banyak, jadi selowww nak gerak, sms ajew atau whatsapp ajewww kak ton ni. Tak ada masalah. Kak ton alu-alukan serious buyers ye. Kalau setakat busan duk opis tak tau nak wat apa, tapi nak chat ngan jugak dengan kak ton, alah Bedah, kak ton ni pon busy like a bee jugakk. Amboi spekang kak ton.


Email kak ton: kaktonscorelle@gmail.com
Sms/whatsapp: 012-2727 504

Cantik tak pinggan kak ton?????
Cantikkkkk!!!!!

Kalau cantik jom beli!!!!!!
Kak ton gerenti youalls puas hati! InsyaAllah!

Alhamdulillah.. Dah sampai corelle untuk badge baru ni










Assalamualaikum dan selamat petang laling laling comel sume. Amboiii tipah, sedap pegi Sogo ye. Manjang sogo. Dari anak dara sampai anak 4, sayang betol dengan bang sogo tu ye tipah.

Alhamdulillah, harini cik mek molek, cik adik manis, buah hati kak ton dah selamat sampai. Tak banyak pon Tipah. Lebih pada 50 set ajer.. Hik hik hik.. Alah 2 lori je yang datang. Tak banyak ponnnn.. Terkejut Bedah seblah umah. Nak ajer tau apa dalam kotak tu kan. Ala bedah oiii, mesti la corelle, corningware dan adik beradik die. Takkan la kak ton bawak balik presiden amerika pulak khennn. Kang marah fulak feyonce kat kak ton! Tak rela you!! Ai is in lerf with my abang janggut okeh..

Ada corningware french white 12 pcs dan 17 pcs. Kenapa french white? Bedah laling, kak ton ni ade lebih pada 25 design kat dalam lemari. Kalau la setiap satu tu nak beli corning bedah, mau kak ton kena korban kan bilik tidur kak ton khas untuk cik mek molek tew sume. Biorlah beli satu tapi matching sume khennn. Nanti kak ton amek gambor ye. Kasi kak ton bukak sesatu kotak ni, pastu kak ton akan suh setiap set tu jadi model untuk tatapan laling laling kak ton.

Bukan setakat corningware, corelle sume yang ada dalam gambor tu ready stock. Dan baaanyak lagi kak ton akan upload dan amek gambor. InsyaAllah. Yang bulat pon kak ton ade amek bedah! Yang petak lagi lah ada!! My peberet is corelle. Nak wat camana kan. Pasrah ajelah laki dan anak anak dengan perangai mak die ni. Silap silap anak anak kak ton bila suh mengeja, sure corelle ejaan betul!! Haaaaru cikgu. Suh eja ciku jadi corelle! Ampunkan mak anak anak!!

Jadi, laling laling yang duk book corelle, tapi kak ton tak amek duit pown booking youalls tew. Kak ton kan baik hati, dah sampai barang, baru lah bayar. Takde kes kastemer teraniaya. Kak ton tak suke kes kes camtuh ye. Boleh lah kontek kak ton ye.

Macam biasa talian terhangat di pasaran (sila muntah sambil baca) 012-2727 504. Talian adalah 24 jam sari. Ha bang aji, jangan nak delete no fon kak ton dalam fon si kiah ye. Sentap kiah nanti!

Cantik tak corelle kak ton??? Cantik!!!!
Kalau cantik sile beli! Kalau tak beli makan hati tauuu!!
Kak ton gerenti youalls puas hati insyaAllah!!

Rege corelle ialah RM379/set. Free delivery ke semenanjung malaysia

Monday 10 February 2014

Hard rock cafe los angeles tshirt size XS


Assalamualaikum dan selamat petang pada laling laling gojes kak ton.
Amboi Bedahhh, sedap kan main makan nasik campur kedai ane tu khenn. Sendawa manjang kak ton dengor. Kekaver la sikit bedah oii. Naik lemas Timah sebelah awak tu bau!

Haa, ni kak ton nak jual t-shirt batu keras dari los angeles. Alah Bang janggut, hard rock cafe los angeles. Size kecik XS. Untuk bebudak umur 2 tahun. Kalau bang janggut nak pakai jugak. Masuk lengan ajer lepas! Tak payah la nak dengki ngan anak comel awak tew. Beli aje ler untuk si spiderman kecik tew.

Rege air mata tangkap leleh RM109. Stock adalah terhad. Siapa bayor dulu, dia dapat ye bang janggut.

Sekian coretan kak ton untuk arini. 

Keluh kesah bersama kak ton 012-2727 504

Cantik tak baju hard rock cafe kak ton????
Cantikkkkk!!!
Kalau cantik jom beli!!,
Kak ton gerenti youalls puas hati insyaAllah!!

P/s: baju adalah original, ready stock, bayar arini esok kak ton pos

Thursday 6 February 2014

Fridge magnet hard rock cafe you!!!!



Assalamualaikum dan selamat petang laling laling comel sume!!
Fridge magnet bulat hard rock cafe dah habis ye youalls!!

Yang tinggal fridge magnet hard rock cafe bentuk gitar! Rege RM99!! 
Sape nak kontek kak ton ye. Tak ade dah restock dah!!!

Kak ton: 012-2727 504

Cantik tak fridge magnet kak ton???????
Cantikkkk!!!! 
Kalau cantik jom beli!!!
Kak ton gerenti youalls puas hati tauuu!!!






Wednesday 5 February 2014

Promotion untuk hari ni dan esok ajer youalls!!






Assalamualaikum dan selamat pagi laling laling comey sume. Hari ni kak ton nak buat promotion. Promotion ni valid untuk harini dan esok sahajer. Esok jumaat tew ampai kul 8 malam jek yeee. Lepas pada tu rege balik pada asal ye dek non sume.

Sempena raya cina yang dah lepas, kak ton berbaik hati nak wat promotion. Satu set RM 365 free delivery. 2 set RM 700 free delivery ke semenanjung Malaysia. Set Corelle yang available ialah:

1)     Square Shadow Iris (16pcs)
2)     Square Kobe (16pcs)
3)     Square Daisy Days (16pcs)
4)     Square Scribble Lines (16pcs)
5)     Square Bamboo Leaf (16pcs)
6)     Square Mandarin Flower (16pcs)
7)     Round White Flower (16pcs)

Semua set diatas adalah READY STOCK. Harini bayau, esok kak ton pos. pinggan adalah original, kak ton sendiri beli kat US. InsyaAllah youalls akan puas hati itew jaminan kak ton.

Servis kak ton memang first class ai tell u. Lembah klang hantor by hand. Very the zasss. Cepat, mudah dan tangkas. Mana nak dapat khennn.

Set dinner ware ni 16pcs kira senang cakap set makan untuk 4 orang. Ada :

i).    4 Dinner plate size besor
ii).   4 Lunch plate size sederhana
iii).  4 Cereal bowl
iv).  4 Cawan porcelain.

Dinnerware set corelle ni sesuwai untuk dijadikan hadiah. Pada bang janggut yang fening fening kepala nak bagi hadiah kat bini, kak ton sarankan bang janggut beli set dinner ni. Gereni bini youalls senyum lebor.

Pada datin datin comel yang baru nak blajar masak, haaa set corelle ni meeeemang susuwai tau. Kalau masak ala ala segan aje rasanye, cer try hidang dalam pinggan Corelle ni, kak ton gerenti ke-sedap-an lauk pauk youalls tew makin tinggi level die. Silap silap ke level masterchef tauuu.. Presentation nombor 1 khennn.

Jadi, kalau berminat, sila impon kak ton. Sms boleh, wassap boleh, kolling boleh, nak pm kat FB pon boleh. Nombor kak ton: 012-2727 504

Cantik tak pinggan pinggan kak tonnnnnn????
Op kozzzzz cantikkkkkk!!!!!!!
Kalau cantik jom beli!!!
Kak ton gerenti youalss puas hati!!! InsyaAllah!!!

Lacoste bath towel




Assalamualaikum laling laling sume dan selamat petang pada youalls yang membaca posting kak ton ni. 

Harini kak ton nak update pasal towel. Towel brand Lacoste ni meeemang best. Perst class ai tell you! Towel Lacoste ni saaangat serap air, tebal, tahan lasak dan puas hati. Itew kak ton gerenti. Kak ton sendiri pakai towel ni. Sorang satu kay tak main share share. Bang aji pon berebut nak pakai towel ni. Towel ni datang dalam 7 kaler: pepel, pink pazura, kelabu, oren, hijo bang aji, putih suci dan biru macam dalam gambor tew laling laling sume.

Size beso ye, setakat bang aji, bang misai dan bang janggut yang sebesar pemeluk youalls tu takdek hal la. Kalau nak besor lagi kak ton sarankan beli 2 lai dan jahit tengah. Amek ko bang aji! Besarrrr punye Tipah bagi towel kat bang aji.

Rege selai RM 130. 2 lai RM 250. Pree postage ke semenanjung Malaysia ye. Kalau youalls ragui kehebatan towel ni, beli satu dulu, dah dapat, basuh, rasalah tebalnye towel ni. Pastu haa beli pulak satu lagi. Kak ton jamin!! Gerenti youalls puas hati dengan towel ni. Alah membeli meeenang memakai Jemah oii.

Towel ni sesuwai untuk dijadikan hadiah annibesari, besday, hadiah orang kawin, hadiah pujuk boypren majuk, kenangan, hadiah perpisahan jugak hadiah untuk diri sendiri. Beli sesaja pon tak apa. Bukan ada orang nak marah khennn..

Seperti biasa, kalau berminat, sila kontek kak ton sama ada sms/wassap/kolling atau boleh ajer pm ye youalls. Nombor comel kak ton: 012-2727 504

Cantik tak towel kak ton????
Cantikkkkk!!!
Kalau cantik jom beli!!
Kak ton gerenti youalls puas hati InsyaAllah!!


Monday 3 February 2014

Corelle Square Scribble lines 16pcs


Assalamualaikum dan selamat malam laling laling sume. Hamboihhh..tengok fb penoh status ariana rose! Kan main dia.. Ahkah ahkah yang dah kawen 20-30 tahun pon layan jugak khennn. Instagram pon penuh orang duk komen kat Ig keith foo si tengku adam. Kak ton tak komen yeee.. Add ajeww.. Hew hew hew.. Young in heart gitew. 

Laling laling comel sume, ada beberapa set lagi tinggal untuk cik mek molek Corelle Square Scribble Lines (16pcs) ye. Stock semakin menyusut. Alhamdulillah dan terima kasih pada suuumeeee yang beli dengan kak ton. Dari penuh lemari tinggal sikit ajew. Syukur alhamdulillah. 

Set Corelle Scribble Lines ni sesuwai untuk laling gojes yang tak gemar mana dengan design munga munga cinta. Katanya fening kefala tengok bunga banyak nau. Suka corak corak abstract gitew. Jadi kak ton sarankan youalls untuk beli set ni. Untuk pengetahuan youalls sume, set ni kak ton tak top up utk next shipment yang akan sampai hujung bulan ni. Ai is lufe.. Kak ton lupe nak restock. Mencikkk!!

Almaklumlah, sebelum sampai kedai corelle, cadangnya nak beli design A, sampai kedai Corelle, terus kak ton histeria! Betul Bedah! Tetibe terbeli design B, C, D, E, F, G. Niat di hati nak beli satu design ajew. Acaner tew. Haruskah pegi kelas terapi sebab ada masalah corelleholic? Taim tu bang aji geleng pala ajew. Tau nau perangai kak ton. Kang tak beli malam mimpi mimpi siap ngigau ngigau. Baik bang aji beli khenn.. Bukan untuk kak ton sorang ajew. Beli untuk laling laling kak ton jugak khennn.. Barang baik harusss share gitew. 

Set Corelle Square Scribble Lines 16 pcs ni ialah set makan untuk 4 orang. Dalam set ni ada;
i)    4 Dinner plate size besor
ii)   4 Lunch plate size sederhana
iii)  4 Cereal bowl
iv)  4 Cawan Porcelain

Kalau bang aji, bang misai mahupon bang janggut ada anak lebih pada 2, kak ton sarankan beli ler 2 set. Baru cantik meja makan pinggan seragam ajer.

Seperti biasa, nombor kak ton si penjual Corelle ialah 012-2727 504. Talian 24jam sari. 7 hari seminggu.

Cantik tak pinggan kak ton????
Cantikkkk????
Kalau cantik jom beli!!!
Kak ton gerenti youalls puas hati! InsyaAllah

P/s: rege kasih sayang dari kak ton ialah RM 379/set. Free delivery ke semenanjung Malaysia ye laling laling comey sumee