Tuesday 30 September 2014

Corelle twillight groove 16pcs ready stock



Assalamualaikum dan selamat pagi. Set Corelle Twillight groove (16pcs) tinggal set terakhir. Set corelle ni antara set peberet kak ton sebab bunga penuh sepinggan. 

Kalau youalls berkenan, meh cecepat kontek kak ton. Bayo arini esok ngantor you!! Youalls, Jangan mintak corelle malam raya ye! Datang depan rumah pon kak ton tak layan tau.. I is nak balik kampung. Sooo sementara ada masa ni, sila la amek kesempatan membeli ye laling laling cun. Kalau agak tak sabo, nak jugak amek cecepat, lepas bayo kat kak ton, youalls boleh kolek kat area U10 shah alam ye.

Nombor kak ton 012-2727 594. Ok youalls selamat berhari rabuu. Tatatatatatatata.. Assalamualaikum

Sunday 21 September 2014

Corelle Faenza (16pcs)





Assalamualaikum dan selamat pagi laling laling comey. Amacam laling sume? Best anak anak cuti sekolah? Mesti kecoh rumah kan! Dengan nak makan nye, nengok tibi, main ipad nye, melompat dan manyak nau aktibiti lain khen. Pagi ni kat area selangor/kl, jalan bukan main kaw kaw jem. Sabo ngurut dada je lah bang uban gi kije. Alah sama je lah, bang janggut, bang misai, hakak hakak comey dan adik adik manis. Sume ketap bibir nengok kete bersusun. Tapi nak wat cemana khenn, layan je lah. Ye dok?

Pagi ni kak ton nak hupdate pasal corelle Faenza (16pcs) set makan tuk 4 orang. Set ni dah tinggal 2 set terakhir. Kalau rasa rasa nak buat jamu makan hari raya haji nanti, meh ler kontek kak ton. Yelah, sesekali nak ler tukau selera pinggan baru. Kak ton pon sama cam youalls. Lelama makan dalam pinggan sama boring kan. Nak le jugak design lain. Ye dok Bedah sengat? Sama you cam kak ton!

Jadi, kalau youalls berkenan, silalah kontek kak ton di 012-2727 504. Wassap boleh, sms boleh, koll boleh, wechat, kak ton takdok. Nanti fengsan fulak youalls nengok muka kak ton ni. Nak nak taim memalam khennn.. Dengan rambut kembang pakai bedak sejuk. Terus termimpi2 hantu kak limah jual corelle! Jadi, dari dapat mimpi tah pape, baiklah sms/wassap/kolling atau pm kat fb aje ye youalls!

Ok youalls, takmo takmo monday blues! Ceria!!!! Assalamualaikum! Tata tata tata

Friday 12 September 2014

Corningware French White 17pcs tinggal 2 set aje youalls! meh cecepat!!!



Kehadapan peminat/pencinta/penggemar/penggila corningware sekelian, 

Kak ton stress youalls! Set corningware 17pcs tinggal 2 set aje lagi. Pada yang berminat tapi hati cakap takpe sok bayo sok bayo, jangan dah habis meratap/meratib kontek kak ton ye. Kontek ler keluh kesah bersama kak esah tu. Luah kan hati kat sana ye Bedah comel. Ni Kak ton nak kabo awal awal, siapa cepat die dapat ye. Kak ton tak mo layan "kak ton book, nanti bayo". Idok ye. Kalau nak bank in duit, dan kak ton pos esok nye. Cecepat youalls. Sempat ni pakai raya haji!!

Dengan kak ton masalah takde lagi!! Meh kontek 012-2727 504.

Ikhlas, 
Kak ton si penjual Corelle.

Tuesday 9 September 2014

Ready stock Corningware Frenchwhite 17pcs, 12pcs dan 6 pcs

Kehadapan kak ton si penjual corelle,

Saya Melah (bukan nama sebenar) berasal dari Melaka (bukan negeri sebenar). Melah stress ni kak ton nak nak tinggal kurang dari sebulan kita akan menyambut hari raya haji. Untuk pengetahun kak ton, suami Melah si Bang Janggut beria-ia ngajok sedara mara die datang ke rumah sambut beraya bersama. Masalahnye kak ton, saya ni corelle hari tu dah beli 4 set. Tapi mana pulak Melah nak ngidang lauk pauk tu kak ton. Bang Janggut katanye nak sembelih lembu sekor. Takkan Melah nak hidang lauk pauk dalam periuk. Jatuh air muka Melah nak nak dengan Kiah ronggeng dan Joyah senget yang duduk depan rumah Melah. Rumah diorang dah setat ngecat nak sambut raya haji. Tapi masih tak boleh lawan kehebatan pinggan Melah dengan bunga terbaru dari koleksi lemari kak ton. Tolong lah Melah kak ton. Melah dilemma. Setiap kali nak tido naik nyampah bang janggut nengok melah yang asyik termenung mandang siling. Tolonglah Melah kak ton. Besar betul masalah Melah kali ni. Diharap kak ton dapatlah meniup semangat berhari raya pada Melah dan selesaikan dilemma Melah.

Sekian, 
Melah jongang.

Buat saudari Melah Jongan yang manis lagi ayu,

Permasalahan Melah ni tak ler beso mane. Kak Ton ingat beso no dilemma Melah Jongang. Masalah Melah ni memang konpem kak ton ada penyelsaiannye. Untuk ngidang lauk Melah pada sedara mara taim Raya Haji nanti, agar dipandang kerlas oleh kiah ronggeng dan joyah senget, meh ler beli bekas hidang Corningware french white dari kak ton. Bekas hidang french white ni datang dengan 17pieces, 12 pieces dan 6 pieces. Kak ton sarankan Melah ambek yang 17pieces. Agar dapat dijamu seekor lembu pada sedara mara. Yelah, 17pieces ni banyok ler sikit nak ngidangnye kan. Daging goreng sebekas, daging kari sebekas, rendang daging sebekas, serunding daging sebekas dan lauk lauk lain pada bekas lain khenn. Kalau rase tak cukup, meh beli 2 set Melah. Dengan kak ton Melah, kesemua corningware french white ni ready stock. Memang sentiasa ada dalam lemari kak ton. Melah jongang bayo arini, Esok kak ton pos! Bukan setakat raya haji boleh pakai. Hujung minggu ni buat makan sekeluarga pon boleh pakai Melah! Mana nak dapat serbis tip top macam ni khennn. Jadi, selesailah masalah dilemma Melah. Jangan lupa bank in dan wassap kak ton slipnye ye.

Sekian,
Kak ton si penjual corelle

P/s: pada youalls yang bermasalah macam Melah Jongang, sila kontek kak ton. Kalau meja rasa kecik amek 12 pieces tew. Kalau rasa meja kecik lagi, meh amek yang 6 pcs tu ye. Nombor kak ton cam biasa : 012-2727 504

Masalah takde lagi dengan kak tons corelle!!!