Saturday 31 October 2015

Corelle Folk Stitch

Assalammualaikum dan selamat malam laling laling semua. 

Alhamdulillah, kita dah boleh keluar buat aktiviti macam biasa. Dah boleh pakai spek hitam bila bawak kereta, boleh bebas bawak anak anak buat aktiviti luor.. Nikmatnye lah kan..

Youalls, Kak ton lupa nak kenalkan cik kak comey kita ni. Kak ton Terlepas pandang you!

Haritu cik kak kite ni antara corelle yang pertama habis! Antara hot seller. Kalau laling laling berkenan, meh ler beli! Limited stock ye..

Yelah, kekadang, orang ni bukan semua suka bunga bunga.. Kot jiwa halus suka design simple simple. Kot jiwa jenis jenis minah jiwang, suka design bunga bunga warna lembut. Pastu yang jenis ganas jiwanya, suka bunga kaler garang garang.. Tapiii, kalau tanya bang aji, dia tak suke semua!! Takut nau duit dia keluar.. 

Orang lelaki biasalerr.. Kalau tanya mana corelle design cantik, semua dia cakap tak cantik. Tapi kalau kita beli, sedap aje tambah nasik berpinggan pinggan.. Sabor aje lah khennn.. Tarik janggut tu baru tahu! Nyampah!

Kalau youalls rasa dah nak muntah makan pakai pinggan lama. Atau rasa lemah semangat nengok pinggan yang youalls dah guna selama 15 tahun tu.. Haaa sah lah tu! Itu tanda tanda awal kena beli corelle!!

Kak ton apa hebat nye corelle ni??? 
Amboiii hopkoz hebat Bedah oi. Dah lah ringan, pegang dua jari pon boleh sekeping pinggan tu, lepas tu jatuh tak pecah!! Meeeemang tahan lasak. Kalau tak percaya cuba beli! Gerenti youalls puas hati!

Nombor kak ton macam biasa 012-2727 504. Beroperasi 24 jam sehari! 7 hari seminggu. Kurang sikit je operasinye macam nombor kecemasan. Kot kot malam malam tak leh tidor, teringat kat corelle, wasap aje kak ton.. Kot tak tidor kak ton jawap cepat.. Tapi kalau lambat tu paham paham sendir la yeee..

Ok youalls, selamat ber hujung minggu!! Assalammualaikum



Tuesday 27 October 2015

Sawan????

Kehadapan Kak Ton Si Penjual Corelle,

Nama Saya Melly dari Kedah. Kak ton, dah 3 hari Melly tak tidor malam. Tak tanya serba salah, tanya pon serba salah. Melly Stress ni kak ton. Meja makan Melly tu ada 6 kerusi. Tapi corelle kak ton set makan 4 orang aje. Stress tau kak ton. Tak kan ler Melly nak letak pinggan lain kat 2 kerusi lagi. Malu la Melly sebab tak kena set nye. 

Lepastu pulak, Ipar Melly baru je beli set corelle ngan kak ton. Sentap Melly, sebab cantik bebenor bunga nya. Minggu depan ipar, mertua, adik beradik bang misai semua nak datang rumah. Stress Melly ni kak ton. Atas apa la Melly nak hidang. Pinggan Melly semua caca marba kak ton. Dah lah Melly ni tak pandai masak.

Satu lagi kan kak ton, Melly nak sangat set yang tak ada mug. Melly dah beli gelas kaki panjang nak hidang kat ipar ngan mertua. Biar kagum diorang datang rumah Melly.

Tolonglah bantu Melly kak ton.

Insan tak boleh tidor malam
Melly


Jawapan:

Terima kasih laling Melly atas surat/email/wasap/pm dan sms. Habis semuanya laling ngantor. Bukak email ada, bukak FB ada, bukak Instagram ada, bukak sms ada, bukak wasap pon ada. Amboi stress betul laling Melly ni ye..

Laling Melly jangan ler stress. Semua masalah ada penyelesaian nye. Kak ton ada ubat masalah Melly tu. Kak ton percaya, lepas baca jawapan kak ton, Melly terus tidor sebab suka, teruja dan selesai masalah laling tu.

Untuk julung kalinya laling Melly, kak ton bawak masuk stock Corelle yang set nye untuk 6 orang. Orang putih panggil 18pcs. Set ni memang takde mug. Dalam set ni laling Melly akan dapat 6 dinner plate, 6 lunch plate/ butter plate dan 6 bowl. Sesuai untuk meja makan Melly yang kerusi ada 6 bijik.

Kesemua Corelle kak ton ni Melly, ready stock. Tak perlu Melly sambung masalah tak tidor malam melly selama 5-6 bulan. Sebab nya, kalau Melly bayo arini, esoknye kak ton ngantor. Nasib Melly baik, lusa dapat Corelle laling tu. Lepas pada tu, gerenti tidor malam Laling Melly sambil tersenyum.

Dengan kak ton senang aje Melly. Kalau Melly rasa tak sabor, meh amek sendiri dekat U10 Shah Alam. Harini jugak laling dapat. Selesai masalah Melly tu..

Untuk youalls yang membaca masalah Melly, agak agak ada tanda tanda yang sama, meh kontek kak ton 012-2727 504. Kak ton gerenti selesai masalah youalls tu.

Untuk abang abang yang ada masalah bini malas masak, bini histeria masuk dapur, bini pengsan bila nampak ayam, atau paling teruk bini sawan bila pegang senduk, kak ton sarankan belikan corelle sebagai hadiah. Gerenti senyum lebor sampai ke telinga. Silap silap.. Sebelum tidor pon dijamunya makan.

Sekian terima kasih, 
Kak ton
























































Terima Kasih!

Assalammualikum dan selamat pagi. 

Alhamdulillah terima kasih untuk laling kak ton Liz Yahaya menulis serba sedikit pasal kak tons corelle dari blog www.lizzieasamummy.blogspot.com kerrlass tau, semua dalam bahasa inggeris .. I like it bebeh.. Terima kasih banyak banyak yang.. 



Tak lupa juga pada che mat gebu yang comel lagi pandai masak dari www.tiffinbiru.com untuk penulisan kak tons corelle. Pandai che mat pancing ayat.



Khas untuk laling kak jee dari www.dapurkakjee.com terima kasih sebab sudi tumpang kan banner. Kalau youalls nak tau.. Banner mengerlip-ngerlip hasil kerja uncle pali. Memang kerlas kan.. Kak ton suka sangat.. terima kasih kak jee dan uncle pali. Semoga cepat sembuh untuk kedua dua nya.. Amin



Tak lupa jugak terima kasih kepada laling Ita dari www.azlitamasammanis.com sebab sudi tumpangkan banner kak ton kat page laling tu. kak ton suka nau nengok laling punye cake cake. Cantik yang amat! Resepi pon sedap sedap! Dan ada 2-3 blog dan page yang lain.



Kalau youalls rajin boleh la jengah jengah membaca blog blog laling laling kak ton kat atas yang kak ton sebut tu yee..

Terima kasih sekali lagi.. Assalammualaikum..

Monday 26 October 2015

SOLD OUT!! HABIS!! Terima kasih youalls!!!







Corelle Design Terbaru!! Cantik! Meletop! Cun!! Meh pinang


















Assalammualaikum dan selamat petang youalls.. Mengantuk kan harini?? Banyak nau makan agaknya tadi..

Ok kita cuci mata yang dah nak tertutup tu. Corelle design terbaru. Memang cantik memang meletop, memang HOT!!!

Rege RM 479 set makan 4 orang 16pcs. Ready stock. Bayo arini, esok kak ton ngantor. Berkenan?? Apa lagi meh cecepat kontek kak ton di 012-2727 504.

Assalammualaikum, selamat petang, kejap lagi nak balik dah.. Yeay!!



Sunday 25 October 2015

Corningware French White 12pcs stock tak banyak ye youalls!!

Assalammualaikum dan selamat pagi laling laling gorjes semua.

Corningware french white tengah single. Stock tak banyak. Dah ada orang beli dulu sebelum kak ton bagitau rege.. Kerlass karen dari sarawak. Barang sampai terus nak corning terima kasih laling karen dan laling laling yang lain.

Size corningware french white 12pcs ni:
Yang paling besor 2.5L
Sederhana 1.4 L
Ada 2 mangkuk bujur size 550mL
Ada 2 mangkuk bulat size 227ml
Dan ada 6 penutup. 4 penutup kaca, 2 penutup plastik. 

Kot youalls malas nak salin, tuko penutup kaca ke plastik, terus masuk dalam peti ais. Esoknya bangun terus panas dalam microwave.

Corningware french white ni boleh guna untuk bakor dalam oven, panaskan dalam microwave, hidang dan simpan dalam peti ais. 

Berkenan sila kontek kak ton. Rege RM 559. Stock terhad. Siapa bayo dulu dia punya, chup chup, booking air lior dapat air lior la yeee.

Nak 2 kali bayo boleh. Deposit rm300, belen bayo bulan depannya tu. Kak ton pos lepas abeh bayo ye.

Sekian terima kasih
Kak ton


Friday 23 October 2015

Corelle Bunga Meletop!!

Assalammualaikum dan selamat pagi hakak hakak comey, bang misai, bang janggut, bang muncit dan laling laling semua.

Harini, kak ton nak kenalkan Corelle dari keturunan Impression. Corelle Impression ni youalls, pinggan kedua dia besor! Boleh buat pinggan makan nasik. Kak ton memang biasa guna pinggan kedua atau nama glemer dia lunch plate untuk makan. Kalau guna pinggan besor, jadi makan banyak nau ler pulakk. Jadi cukup ler pakai pinggan lunch plate tu.. Amboi Senah, sesuke je suruh kak ton pakai butter plate makan. Tu mau makan hati kak ton. Makan 2 jam, pastu lapo balik! Stress bang aji nengok kak ton kang.

Satu lagi yang spesel nye pasal pinggan corelle Impression ni youalls, keliling pinggan dia ada rim atau nama melayu dia tebing atau bibir. Tu sebab pinggan corelle impression ni hantaran dia tinggi sama macam pinggan petak!

Hopkozz bunga semua meletop meletop, hot lagi glemer gitew. Ada sesetengah design tu youalls, macam goreng pisang panas. Letak, sekejap aje habis! Jadi, kalau berkenan, sila kontek kak ton cepat cepat pada bunga yang youalls berkenan tu ye. Nanti habis, bukan aje gigit jari, berair mata nengok Tipah ngan pinggan idaman hati dia tu. Nak tunggu kak ton restock, jawapnye tunggu tahun depan lerrr tengah tahun. Mau tau menanah jiwa kannn.

Ok youalls, nombor kak ton macam biasa 012-2727 504. Wasap boleh, sms boleh, telepon terus boleh, pm boleh, ikut keselesaan masing masing. Selamat menunaikan solat subuh dan kalau berpuasa tu, selamat berpuasa. Assalammualaikum.















































Wednesday 21 October 2015

Corelle petak set makan 4 orang tengah single. Meh ler pinang awek cun ni!!

Assalammualaikum dan selamat pagi laling laling comey semua.

Alhamdulillah harini dapat kak ton update corelle. Ni semua ready stock ye. Kot rasa stress nengok kat rumah pinggan caca marba, ada gambo bunge lar, gambo doremon la, gambo frozen la, meh beli corelle bio seragam.

Corelle harini corelle set makan 4 orang 16pcs. Kalau rase anak ramai beli 2 set. Kang takde la bang aji makan pinggan ultraman. Kiah sedap pakai corelle. Membayo nye bang aji. Kessiannnn bang aji. Jadi untuk adil semua pakai pinggan corelle kak ton sarankan beli ler 2 set. Takde la kes sentap terasa kan

Rege RM 449. Pos percuma ke semenanjung. Tawar menawar idok ada ye. Rege tetap gitu. Masa beli kat amerika kak ton dah mintak tawar, tapi minah salleh tu di jelingnye kak ton. Idok ler dapat murah sikit pon. Bayo aje lah macam biasa. Kak ton harap laling laling comey lagi sporting ni pon paham ler keadaan kak ton.

Nombor kak ton macam biasa 012-2727 504. Ada sesetengah corelle terhad ye. Jadi kot ada berkenan, sila sinsing lengan bersedia untuk membeli.

Bayo arini, esok pos ye kiah. Sekian terima kasih. Selamat mencuci mata. Assalammualaikum