Wednesday, 5 March 2014

Corelle Square Hanami 16pcs Ready Stock!!!
















Assalamualaikum dan selamat petang pada semua yang baca posting kak ton. Amboi Bedah, sampai sampai rumah terus bukak tivi. Baju keje pon tak tukar lagi. Nak tengok Intan ladyana ler tew. Takpe Bedah, kak ton tak kisah janji Bedah hepi khenn.

Harini kak ton nak introduce Set Corelle Square paaaaaaaling cun dan diminati ramai. Nama glemer Corelle Hanami Garden. Bunga bunga kecil warna merah meeemang buat pinggan Bedah berseri! Orang pompuan ni, tak tau apesal, suka nau kaler merah. Suuume nak merah khenn. Langsir merah, baju kurung merah, tudung bunga merah, kapet merah, sofa pon merah. Nasib tak carik cik abang kaler merah. Mana nak carik khennn Bedahh. Merah la muka cik abang tu kalau segan atau marah! Itu ajew.

Untuk pengetahuan Bedah dan suuuume laling laling comel kak ton, corelle Hanami (16pcs) ni set makan tuk 4 orang. Meeemang meletop design. Youalls, dengan kak ton sume yang ada adalah ready stock! Tak perlu tunggu 3-4 bulan. Mau menanah jiwa menunggu. Nak nak dapat pulak seller harini hantor wassap. Minggu depan baru jawap. Bukan setakat menanah, mau makan hati khennn. Jadiii, untuk mengelakkan tragedi makan hati, jom beli dengan kak ton, bayor arini, esok kak ton pos kat youalls! Dengan syarat hari berkerja. Idok ler bang posmen nak keje hari ahad. Mau die ber-piket depan umah kak ton boikot kalau hari ahad pon kak ton suh buat collection khennn. 

Proses membeli dengan kak ton pon senang ajew. Tak caya cer try. Memang servis zasss you! Kastemer always comes first untuk kak ton tau. Kalau Bang Aji nak buat hadiah, meeemang sesuwai. Annibersari sesuwai, hadiah hari jadi sesuwai, hadiah untuk anak Cik Limah kawin sesuwai, hadiah perpisahan sesuwai, hadiah mintak mahap sesuwai. Hadiah bagi kat mak dan mak mertua pon n sesuwai bang aji! Pinggan Corelle khennn, sape nak menolak. Betol tak Bedahh??

Jadi, kalau laling laling kak ton berminat, berkenan dekat corelle Hanami atau mana mana corelle dalam gambor, sila lah pm kak ton dulu ye. Kalau rasa malas nak pm, segan nak komen, nyampah nak sms, berbulu nak wassap. Kolling ajewwww kak ton. Tapiii, kak ton bebulu kalau youalls cakap kak ton dah on da way ni. Tinggal 2 tapak je lagi ke cash deposit box. Lepas tu senyap 3 bulan. Amboi Senah, tak beli pon tak apa, tapi jangan la sampai beria ia kata dah sampai depan bank, pastu buat cerita kena mandrem duit hilang. Kak ton ok ajew kalau youalls terus terang. Kalau rasa tak mampu nak bayor full, boleh aje booking dulu. Taaapiii, dengan syarat booking deposit RM200/box ye. Next month tu selesaikan bakinya, baru la kak ton pos kat youalls. Senang khennn? Kak ton ok Senang. I is bery memahami you!

Jadi, kalau berminat, sila lah merajinkan diri dengan kontek kak ton kat nombor 012-2727 504. Talian ni berfungsi 24 jam sari, 7 hari seminggu, 28 hari bulan februari dan 31 hari pada bulan mac ye.

Youalls, ingat Corelle ingat kak ton!!
Cantik tak pinggan kak tonnnnnn???
Cantikkk!!!!!
Kalau cantik jom beli! Kak ton gerenti youalls puas hati! InsyaAllah😊






Monday, 3 March 2014

Corelle Happy Days (16pcs) Ready Stock!!!



















Assalamualaikum dan selamat tengahari laling laling comel sume. Alhamdulillah hujan pagi ni kat shah alam. Otomatik jalan jam. Suke nau orang shah alam nengok hujan. Sampai nak bawak 20km/j gitew. Kak ton tak kisah pon jalan jam. Boleh kak ton singgah makan kat kedai makan sesambil sarapan pagi. Diet khennn, kena makan nasik berlauk baru seeeegar bijik mata tuu. Hihihi

Harini kak ton nak introduce set Corelle yang saaangat meriah design nya atas pinggan. Sesapa yang nengok mesti senang hati je tau. Nama corelle ni Happy Days. Tetiap hari makan atas pinggan corelle ni mesti hepi sokmo. Hoolar mesti la hepi, dapat makan khen, nak nak hidang dalam pinggan corelle, terus semangat nak makan berhidang dan masak tetiap hari untuk cik abe khenn. Walaupon cuma lauk ikan rebus goreng cicah budu! Mau Dua kali cik abe menambah.

Set corelle happy days ni set untuk 4 orang makan. 16pcs ye che pah. Iyeeee kalau anak 6 jawapnye che pah kena la beli 2 kotak atau 2 set. Barula ngam sume anak anak boleh makan atas pinggan corelle ni. Che pah oiii, corelle ni ringan ajew. Nipis pukak tew. Anak anak umur darjah 6 tew rilek je angkat g singki pas makan. Jangan risau. Corelle ni meemang tahan lasak. Jatuh pon rilek aje melantun lantun atas lantai. Tak pecah Che pah !! Amazing bak kata omputeh. Alah membeli menang memakai che pah. Kalau pandai jaga silap silap boleh extend pakai sampai 20tahun. Punye la jimat khennn.

Ala Che Pah wehhh, gosok gosok la janggut cik abe awok tu. Pastu mintak la 2 set corelle untuk hadiah annibersary. Cik abe kitow ni kalau pandai ayat, sure setuju beli corelle punye. Jangan la risau tau. Servis kak ton RM379/box tew sampai depan pintu rumah che pah wehh. InsyaAllah che pah mesti dapat corelle dalam keadaan sempurna. Itu janji kak ton ye che pah. Kastemer mesti puas hati. Kak ton ada raaaaamai return kastemer. Alhamdulillah

Jadi, kalau che pah atau laling laling sume berkenan, sila lah pm, sms, wassap, kolling kak ton di talian 012-2727 504. 24 jam sari, 7 hari seminggu tanpa henti, tanpa makan, tanpa tdo..

Rege RM379 free delivery ke semenanjung malaysia ye. Ready stock, original, kak ton sendiri beli.


Ingat Corelle ingat kak ton yeee.

Cantik tak pinggan kak ton?????
Cantikkkk!!!
Kalau cantik jom beli!!
Kak ton gerenti youalls puas hati!! InsyaAllah!!










Wednesday, 26 February 2014

Corelle Harmony 16pcs



Assalamualaikum dan selamat pagi laling laling comel, abang abang macho, cikgu cikgu yang baaanyak beli dengan kak ton dan semua yang bace posting kak ton ni. Alhamdulillah. Terima kasih banyak banyak sebab sapot kak tons corelle. 

Bedah jangan tak tahu, sekarang ni, bukan orang pompuan aje shopping corelle dengan kak ton. Minggu ni aje raaamai cik abang comel lagi hensem beli corelle untuk bini tersayang. Haaa macam tu la baru macho bang misai, bang janggut dan bang aji! Baruuuu la makin sayang laling youalls tu kat youalls. Senang aje nak pikat wife ni kan. Dapat pinggan corelle pon senyum lebar dah. Baru semangat laling youalls tu masak khenn.

Untuk pengetahuan laling laling kak ton sume, set Corelle Square Harmony 16pcs ni dah tinggal 3 set ajew. Set ni saaangat cantik. Payah nau nak carik tau. Corak die tu buat bang aji bang aji meroyan tengok corelle ni. Bukan mak aji ye. Bang aji yang ketar lutut nak beli tau. 

Kak ton sukeee sangat kalau bang aji atau abang abang macho yang belikan. Tak yah la kak ton sesama seludup corelle g umah youalls. Siap ada yang bagitau kat runner suh anto ikut pintu belakang la, kena datang kul 11-3 aje boleh, pas kat orang gaji la, letak kut celah pasu bunga la. Fening kak ton nak seludup tauuu.. Macam cite zaman p.ramlee pulak khennn. 

Kak ton layan aje permintaan pelik youalls tew, yelah kang bang aji, bang misai, bang janggut pangkah tak bagi beli, sentap fulakkk khenn. Terus buat buat sawan lepas laki youalls tew abes ayat. Ala Bedah, kak ton kenal saaangat dengan Bedah. I know u bery well Bedah! Jadi abang abang macho, takmo la cepat saaangat pangkah bini youalls nak beli pinggan mangkuk teww. Layan kan ajewww..

Untuk pengetahuan youalls, set corelle 16pcs ni set makan untuk 4 orang ye. Set ni ade:

i).    4 Dinner plate size besor
ii).   4 Lunch plate size sederhana
iii).  4 Cereal bowl
iv).  4 Cawan porcelain

Kalau ahli keluarga besorr, kak ton sarankan beli 2 set. Kalau suke jamu orang makan, beli 3 set. Tak rugi punye youalls beli set corelle ni. Ada yang bertahun tahun pakai set corelle. Sampai 20tahun pon ada tau. Jadi apala sangat nak melabur rm379 untuk makan selama 20tahun. Janji jangan baling kat bang macho sudah. Tang tu kak ton tak jamin yeee laling laling sume.

Berminat? Tapi malu nak komen? Jangan risau, pm pon boleh. Nyampah nak pm sbb takut boss nampak bukak FB? Sms pon takpe tau. Tak suke sms sbb nanti naik bil atau abes prepaid. Yelah, wassap aje. Pakai wifi opis. Pree of charge khenn.

Nombor hotline 24jam tanpa henti. 7 hari seminggu tanpa tido: 012-2727 504. Kalau tak angkat tu tertido yeee..hik hik hik.. Kalau dengar suara budak angkat tu, kak ton bayor personal assistant. Jangan terus letak tepon kay youalls.

Monday, 24 February 2014

Corelle Blushing Rose








Assalamualaikum dan selamat petang pada datin datin cun, datuk datuk encem lagi perkasa, mak incik mak incik comel, dek non dek non gojes dan laling manis kak ton tew. Ngantuk kan main khennn mata lepas makan tengahari kedai abang hamak encem. Nak nak kena kari kepala ikan, boss panggil meeting pon hazabb nak bukak mata.

Amboi Esah, tengah tengah malam koll kak ton, siap cakap gaji nak masuk nak beli corelle. Iye lah Esah, tadah telinga kak ton dengar keluh kesah bersama Esah tew. Untuk merawat keluh kesah di hati Esah tew, meh kak ton hiburkan hati Esah dengan corelle bunga merah. Hati yang tak berapa nak syok pon boleh jadi ceria tengok cik kak Corelle Blushing Rose (16pcs) ni. Untuk pengetahuan Esah, set Blushing Rose ni limited stock. Jadi, kalau berminat sila lah kontek kak ton untuk dapatkan cik kak manis lagi menawan tew. 

Pada yang baru masuk ke rumah baru, nyampah asyik makan dalam pinggan pelastik ikea ajer, haaa, meh beli corelle dengan kak ton. Suuuuke suami makan dalam pinggan baru dan dan tetiap hari masak. Semangat lain tauu Esah dapat pinggan baru. Tak caya cer try beli. Mesti semangat tau!

Set corelle 16pcs ni set makan tuk 4 orang ye. Kalau la agak agak ahli keluar atau kumpulan kugiran kat rumah youalls tew ramai, kak ton sarankan beli 2 set. Baru seragam macam pakaian beragam meja makan youalls tew. Takde la yang no 1 sentap rasa macam kena diskriminasi oleh mak sendiri khen. Mak makan pinggan baru, anak makan pinggan pelastik. Sentap tau anak anak youalls.

Jadiiii, kalau berkenan set Corelle Blushing Rose atau mana mana set corelle yang kak ton jual, kontek kak ton ye. Nombor hotline 24 jam tanpa henti: 012-2727 504. Wassap boleh, sms boleh, kolling boleh. Apa apa cara je lah janji youalls puas hati.

Cantik tak pinggan kak ton???
Cantikkkkk!!!
Kalau cantik jom beli!
Kak ton gerenti youalls puas hati!!! InsyaAllah!!

P/s: attention pada laling yang buat payment hari ahad (23/2/14) yang duduk kat johor tew, sila lah kontek kak ton. Dah siap balut ni kotak kotak corelle laling tew. Nak ngantor je tinggal laling intan payung. Sila la kontek kak ton. 







Sunday, 23 February 2014

Attention!!!!




Assalamualaikum laling laling comel. Kak ton nak mintak tolong siapa yang buat payment semalam supaya contact balik kak ton ye.

Attention laling laling sume!! Sila kontek kak ton balik untuk kak ton post youalls punye corelle pagi ni. Anak bertuah kak ton sabotaj kak ton! Dia delete whatsapp kak ton youalls!! Maaf banyak banyak!! Waaaaaa😭😭😭😭😭😭

Kak ton: 012-2727 504

Attention: Juliza bt khairuddin dan 3 lagi laling laling kak ton yang comel lagi baik hati tew

Friday, 21 February 2014

Ready stock!! Corelle jacaranda 16pcs





Assalamualaikum dan selamat tengahari datin-datin cun melecun dan datuk-datuk segak bergaya. Youalls semua datin dan datuk di mata kak ton. Very VIP gitewww.

Harini kak ton nak introduce set pinggan mangkuk yang latest dan cantik menawan tau youalls. Nama sesedap rupa seindah nama dan makanan otomatik jadi sedap atas set CORELLE SQUARE JACARANDA 16pcs ni. Rege tertarik dan paling memikat hati serta terbaik dari kak ton RM379.

Macam biasa esah oiii, kalau nama 16pcs mesti datang dengan:

i)   4 dinner plate (size besar)
ii)  4 lunch plate (size sederhana)
iii) 4 cereal bowl
iv) 4 cawan porcelain

Design ni Esah kan, baru keluar dalam bulan April 2013 tahun lepas. Kira, kalau youalls beli, youalls ada set Corelle yang paling up to date tau.. Kerrrlasss Esah kan.

Seperti biasa, kak ton ni boleh dihubungi melalui pm, kalau rasa malas la esah oi nak pm kak ton, email pon boleh, agak-agak tadi makan nasik kandar banyak, jadi selowww nak gerak, sms ajew atau whatsapp ajewww kak ton ni. Tak ada masalah. Kak ton alu-alukan serious buyers ye. Kalau setakat busan duk opis tak tau nak wat apa, tapi nak chat ngan jugak dengan kak ton, alah Bedah, kak ton ni pon busy like a bee jugakk. Amboi spekang kak ton.


Email kak ton: kaktonscorelle@gmail.com
Sms/whatsapp: 012-2727 504

Cantik tak pinggan kak ton?????
Cantikkkkk!!!!!

Kalau cantik jom beli!!!!!!
Kak ton gerenti youalls puas hati! InsyaAllah!

Alhamdulillah.. Dah sampai corelle untuk badge baru ni










Assalamualaikum dan selamat petang laling laling comel sume. Amboiii tipah, sedap pegi Sogo ye. Manjang sogo. Dari anak dara sampai anak 4, sayang betol dengan bang sogo tu ye tipah.

Alhamdulillah, harini cik mek molek, cik adik manis, buah hati kak ton dah selamat sampai. Tak banyak pon Tipah. Lebih pada 50 set ajer.. Hik hik hik.. Alah 2 lori je yang datang. Tak banyak ponnnn.. Terkejut Bedah seblah umah. Nak ajer tau apa dalam kotak tu kan. Ala bedah oiii, mesti la corelle, corningware dan adik beradik die. Takkan la kak ton bawak balik presiden amerika pulak khennn. Kang marah fulak feyonce kat kak ton! Tak rela you!! Ai is in lerf with my abang janggut okeh..

Ada corningware french white 12 pcs dan 17 pcs. Kenapa french white? Bedah laling, kak ton ni ade lebih pada 25 design kat dalam lemari. Kalau la setiap satu tu nak beli corning bedah, mau kak ton kena korban kan bilik tidur kak ton khas untuk cik mek molek tew sume. Biorlah beli satu tapi matching sume khennn. Nanti kak ton amek gambor ye. Kasi kak ton bukak sesatu kotak ni, pastu kak ton akan suh setiap set tu jadi model untuk tatapan laling laling kak ton.

Bukan setakat corningware, corelle sume yang ada dalam gambor tu ready stock. Dan baaanyak lagi kak ton akan upload dan amek gambor. InsyaAllah. Yang bulat pon kak ton ade amek bedah! Yang petak lagi lah ada!! My peberet is corelle. Nak wat camana kan. Pasrah ajelah laki dan anak anak dengan perangai mak die ni. Silap silap anak anak kak ton bila suh mengeja, sure corelle ejaan betul!! Haaaaru cikgu. Suh eja ciku jadi corelle! Ampunkan mak anak anak!!

Jadi, laling laling yang duk book corelle, tapi kak ton tak amek duit pown booking youalls tew. Kak ton kan baik hati, dah sampai barang, baru lah bayar. Takde kes kastemer teraniaya. Kak ton tak suke kes kes camtuh ye. Boleh lah kontek kak ton ye.

Macam biasa talian terhangat di pasaran (sila muntah sambil baca) 012-2727 504. Talian adalah 24 jam sari. Ha bang aji, jangan nak delete no fon kak ton dalam fon si kiah ye. Sentap kiah nanti!

Cantik tak corelle kak ton??? Cantik!!!!
Kalau cantik sile beli! Kalau tak beli makan hati tauuu!!
Kak ton gerenti youalls puas hati insyaAllah!!

Rege corelle ialah RM379/set. Free delivery ke semenanjung malaysia

Monday, 10 February 2014

Hard rock cafe los angeles tshirt size XS


Assalamualaikum dan selamat petang pada laling laling gojes kak ton.
Amboi Bedahhh, sedap kan main makan nasik campur kedai ane tu khenn. Sendawa manjang kak ton dengor. Kekaver la sikit bedah oii. Naik lemas Timah sebelah awak tu bau!

Haa, ni kak ton nak jual t-shirt batu keras dari los angeles. Alah Bang janggut, hard rock cafe los angeles. Size kecik XS. Untuk bebudak umur 2 tahun. Kalau bang janggut nak pakai jugak. Masuk lengan ajer lepas! Tak payah la nak dengki ngan anak comel awak tew. Beli aje ler untuk si spiderman kecik tew.

Rege air mata tangkap leleh RM109. Stock adalah terhad. Siapa bayor dulu, dia dapat ye bang janggut.

Sekian coretan kak ton untuk arini. 

Keluh kesah bersama kak ton 012-2727 504

Cantik tak baju hard rock cafe kak ton????
Cantikkkkk!!!
Kalau cantik jom beli!!,
Kak ton gerenti youalls puas hati insyaAllah!!

P/s: baju adalah original, ready stock, bayar arini esok kak ton pos

Thursday, 6 February 2014

Fridge magnet hard rock cafe you!!!!



Assalamualaikum dan selamat petang laling laling comel sume!!
Fridge magnet bulat hard rock cafe dah habis ye youalls!!

Yang tinggal fridge magnet hard rock cafe bentuk gitar! Rege RM99!! 
Sape nak kontek kak ton ye. Tak ade dah restock dah!!!

Kak ton: 012-2727 504

Cantik tak fridge magnet kak ton???????
Cantikkkk!!!! 
Kalau cantik jom beli!!!
Kak ton gerenti youalls puas hati tauuu!!!






Wednesday, 5 February 2014

Promotion untuk hari ni dan esok ajer youalls!!






Assalamualaikum dan selamat pagi laling laling comey sume. Hari ni kak ton nak buat promotion. Promotion ni valid untuk harini dan esok sahajer. Esok jumaat tew ampai kul 8 malam jek yeee. Lepas pada tu rege balik pada asal ye dek non sume.

Sempena raya cina yang dah lepas, kak ton berbaik hati nak wat promotion. Satu set RM 365 free delivery. 2 set RM 700 free delivery ke semenanjung Malaysia. Set Corelle yang available ialah:

1)     Square Shadow Iris (16pcs)
2)     Square Kobe (16pcs)
3)     Square Daisy Days (16pcs)
4)     Square Scribble Lines (16pcs)
5)     Square Bamboo Leaf (16pcs)
6)     Square Mandarin Flower (16pcs)
7)     Round White Flower (16pcs)

Semua set diatas adalah READY STOCK. Harini bayau, esok kak ton pos. pinggan adalah original, kak ton sendiri beli kat US. InsyaAllah youalls akan puas hati itew jaminan kak ton.

Servis kak ton memang first class ai tell u. Lembah klang hantor by hand. Very the zasss. Cepat, mudah dan tangkas. Mana nak dapat khennn.

Set dinner ware ni 16pcs kira senang cakap set makan untuk 4 orang. Ada :

i).    4 Dinner plate size besor
ii).   4 Lunch plate size sederhana
iii).  4 Cereal bowl
iv).  4 Cawan porcelain.

Dinnerware set corelle ni sesuwai untuk dijadikan hadiah. Pada bang janggut yang fening fening kepala nak bagi hadiah kat bini, kak ton sarankan bang janggut beli set dinner ni. Gereni bini youalls senyum lebor.

Pada datin datin comel yang baru nak blajar masak, haaa set corelle ni meeeemang susuwai tau. Kalau masak ala ala segan aje rasanye, cer try hidang dalam pinggan Corelle ni, kak ton gerenti ke-sedap-an lauk pauk youalls tew makin tinggi level die. Silap silap ke level masterchef tauuu.. Presentation nombor 1 khennn.

Jadi, kalau berminat, sila impon kak ton. Sms boleh, wassap boleh, kolling boleh, nak pm kat FB pon boleh. Nombor kak ton: 012-2727 504

Cantik tak pinggan pinggan kak tonnnnnn????
Op kozzzzz cantikkkkkk!!!!!!!
Kalau cantik jom beli!!!
Kak ton gerenti youalss puas hati!!! InsyaAllah!!!